top of page
69dfc75b64b38f27e9a094a9f64411b5.gif

kita sebagai manusia janganlah berrpisah dari tiga perkara penting ini iaitu aqidah, ibadah, dan akhlak. Kita mungkin melihat rakan-rakan kita yang lebih berjaya daripada kita tetapi mereka tidak berdoa sama sekali. Itulah yang kita panggil istidraj apabila Tuhan memberi kejayaan, kekayaan dan sebagainya untuk orang-orang itu. Itu adalah ujian yang sebenarnya. kebiasaanya, orang yang menerima istidraj adalah orang yang tidak melakukan doa atau berusaha keras untuk menjadi dekat dengan Allah. Mereka berjaya, tetapi lupa bahawa orang yang memberi kejayaan dan nikmat sehingga hari ini adalah Allah. Jadi jangan kecewa apabila  kita diberi ujian. Hubungan iman dengan Tuhan adalah perkara pertama yang perlu kita menitikberatkan. Sekiranya anda telah berjaya membina hubungan yang baik dengan Allah maka, InshaAllah, apa sahaja ujian yang diberikan anda akan dapat melepasinya. 

Apa yang dapat saya dapat dalam tazkirah dr syam kali ini ialah, kita mestilah sentiasa meminta doa kepada Allah swt. berpeganglah kepada ajaran islam yang seutuhnya. oleh itu, hidup kita akan diredhai olehNya.

WEEK 2 -

Aqidah,Ibadah dan Akhlak

bottom of page