norulfatihah
ABOUT LE ART

"Roket Rocket" ini amat menarik kerana ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. kali ini dr syam mahu kami membuat roket kami sendiri dari kertas dengan menggunakan kreativiti dan idea kami sendiri. Untuk percubaan pertama kertas roket saya agak tebal di bucu dan ia agak berat kerana cara saya mencipta jet kertas dengan cara yang tidak betul. Roket saya tidak berjaya naik tinggi keatas apabila saya baru sahaja mula meletakkannya di udara. dalam percubaan ini, salah seorang rakan saya berjaya menaikkan rocketnya paling tinggi dan jauh. Untuk percubaan kedua saya melakukan roket kedua dengan mengikuti reka bentuk rakan saya yang merupakan roket terbaik yang boleh terbang dengan cepat pada percubaan pertama. Untuk percubaan kedua semua ahli kelas saya membuatnya untuk terbang roket mereka dengan menggunakan reka bentuk yang sama seperti rakan-rakan saya. apa yang saya faham tentang permainan ini ialah, belajar daripada kesalahan yang lepas. saya belajar bahawa kita perlu terus berusaha dalam hidup kita dan terus melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat kita. Untuk mencapai matlamat yang kita mahu, kita perlu mempunyai seseorang yang memberi bimbingan yang lebih banyak pengalaman daripada kita.