norulfatihah
ABOUT LE ART

Minggu ini, Dr syam telah memberi kita tugas untuk bermain satu permainan "Tin Kosong" dan dalam permainan ini dua orang kawan saya telah dipilih mengikut kumpulan untuk memimpin pasukan dan mereka perlu menghafal dan mengingati setiap perkataan itu. Perkataan-perkataan itu berasal daripada bahasa jawa, oleh hal itu, mereka mengambil masa beberapa minit untuk mengingati jalan cerita. Mereka perlu memberitahu kisah itu kembali kepada dua kumpulan tadi . Dalam permainan ini, cerita itu perlu dihantar kepada setiap ahli pasukan sehingga ahli terakhir dan setiap perkataan perlu sama seperti yang disampaikan oleh ahli pertama. Disini kita dapat memahami bahawa cerita yang disampaikan oleh orang kedua tidak selalunya betul. seterusnya, setiap ahli kumpulan perlu meletakkan kepercayaan pada satu sama lain untuk memastikan kisah itu dapat disampaikan dengan baik. Tidak kira sama ada kita menang atau kalah kerana kerjasama dalam satu pasukan lebih penting dan kami telah memberikan yang terbaik untuk membuatnya menjadi berdiri terakhir.