norulfatihah
ABOUT LE ART

Untuk tazkirah minggu ini Dr. Syam berkongsi cerita tentang anak-anak perempuannya. Dr. Syam memberitahu kami bahawa salah seorang anak perempuannya akan memanggil adik perempuan "Langau" ketika mereka berdebat atau bergaduh diantara satu sama lain. Salah seorang dari mereka mengejek tentang satu sama lain dan akhirnya memanggil mereka "Langau" dan mereka tidak akan berhenti mengulangi kata-kata itu sehingga salah seorang daripada mereka menyerah kalah. Dr syam juga menceritakan gelagat anaknya yang sentiasa mengulangi soalan yang sama kepada beliau untuk memastikan samada beliau benar benar mempunyai masa untuk mereka. hal ini kerana, beliau seorang pensyarah yang aktif dan banyak masa di luar. Refleksi saya untuk dua kisah ini ialah saya belajar bahawa dalam kehidupan kita, akan ada orang yang tidak menyukai kewujudan kita tanpa sebab.kita tidak melakukan kesalahan pun, mereka tetap akan tidak suka. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengabaikan mereka dan hanya melakukan kerja-kerja kita. Berfikir tentang orang-orang negatif yang tidak menyukai kita hanya membuang masa, jadi kita perlu terus maju tanpa penyesalan. seterusnya, masa yang berkualiti dengan anak-anak akan lebih bermakna.